Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Menurut Akta, muntah paus yang dijumpa perlu dilapor kepada Jabatan



Objek dipercayai muntah paus yang ditemukan seorang wanita ketika memancing berhampiran Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Marang, perlu dibuat kajian bagi mengesahkan ketulenannya.

Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, kajian itu penting bagi memastikan objek seberat lima kilogram itu adalah asli atau gumpalan sisa-sisa lain yang dibawa ombak.

Menurutnya, penemuan objek yang ditemui Aida Zurina Long, 41, yang tinggal di Kemasik, Kemaman itu mungkin pernah berlaku sebelum dan jarang dilaporkan kepada media oleh mereka yang menjumpainya.

"Berdasarkan sumber media, penemuan muntah ikan paus ini pernah dilaporkan dijumpai oleh nelayan di Thailand dan Indonesia serta dijual dengan harga jutaan ringgit.

"Setakat ini, saya sendiri belum pernah melihat objek itu secara dekat dan kajian lanjut diperlukan bagi menentukan keaslian dan kualiti muntah paus ini," katanya.

Menurutnya, pihaknya akan menghantar pegawai untuk menyiasat perkara itu kerana bimbang objek yang ditemui itu bukan yang disangkakan atau ia sisa-sisa gumpalan benda yang berbahaya dan sebagainya.

"Oleh yang demikian, kita menasihati mana-mana pihak yang menemukan objek seperti itu melaporkan kepada pihak kami supaya kita dapat membuat kajian yang lebih terperinci dan mendalam," katanya.

Ruzaidi berkata, orang ramai diminta melaporkan sebarang penemuan kepada Pejabat Perikanan Negeri Terengganu sekiranya terjumpa objek yang menyerupai muntah paus.

Katanya, ini kerana ia adalah sebahagian bahan dari spesies marin terancam yang dilindungi di bawah Peraturan-peraturan Spesies ikan Terancam 1999, Akta Perikanan 1985.

"Maklumat daripada orang ramai dapat membantu Jabatan Perikanan Malaysia dalam menjadi sebahagian ejen penyebar maklumat yang tepat kepada masyarakat, "katanya.

Hmetro