Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Hempas barang pada bayi, dua pekerja taska ditahan



PETALING JAYA: Dua wanita ditahan selepas disyaki terbabit dalam kejadian membaling bungkusan barangan ke atas seorang bayi yang sedang merangkak di sebuah taska di Bayan Baru, Pulau Pinang, semalam.

Penahanan wanita masing-masing berusia lingkungan 20-an itu dibuat selepas polis menerima dua laporan berhubung penularan video memaparkan perbuatannya yang dirakam dan tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Kamarul Rizal Jenal berkata, polis menerima laporan pada jam 7.39 malam sebelum menjalankan siasatan dan menahan kedua-dua wanita tersebut.

Jelas beliau, video berdurasi 44 saat itu dimuat naik oleh pemilik akaun “Cahaya Naziha Mohd Nhazeri” dalam Facebook yang memaparkan perbuatan suspek.

“Penularan video itu dikesan pada hari ini, lebih kurang jam 8.12 pagi dan tangkapan suspek dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

“Hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku pada 24 November lalu, jam 6.45 petang di taska tersebut sebelum video itu dimuat naik ibu mangsa di media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, perbuatan suspek mendapat kecaman netizen dan mereka mengatakan wanita itu tidak layak bekerja di taska jika tidak boleh menerima telatah kanak-kanak.

Bagi @marcelavalenzia, dia menganggap kemungkinan wanita itu menghadapi masalah kesihatan.

“Budak tu diam ja pun. Kenapa tetiba baling? Mental ke perempuan tu?” soalnya.

“Atas sebab apa? Moga Allah bagi balasan setimpal buat anak orang macam tu. Even anak sendiri pun jangan la sesuka hati nak buat mcm orang takde akal,” tulis @wileyyyx.

video kejadian: