Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ada tindakan sembunyikan bukti, peguam Najib mohon sesi pendengaran kadar segera



KENYATAAN MEDIA TS SHAFEE ABDULLAH. 

Pada 19.11.2021, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan satu kenyataan media berkenaan dengan pemulihan asset dana dari Malaysia Development Berhad (IMDB) dari, antara lain, Singapura. 

la dinyatakan dalam Kenyataan Media tersebut bahawa sebelum ini, Kerajaan Singapura telah memulangkan semula sejumlah USD15,400,000.00 kepada Malaysia berkaitan dengan akaun milk Cutting-Edge Industries Ltd kepunyaan, antara lain, Tawfiq Ayman, suami kepada Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

Apa yang lebih mengejutkan ialah, kenyataan SPRM berkenaan menyatakan
bahawa syarikat Cutting-Edge Industries tersebut merupakan milk bersama antara Tawfiq Ayman dan Samuel Goh.

Samuel Goh telah memberi keterangan dalam Mahkamah di Singapura pada tahun 2016 bahawa beliau telah dibayar sebanyak USD4 Juta untuk menubuhkan akaun bank palsu di luar negara yang mana 1MDB telah menghantar berbillion ringgit yang mana kemudiannya telah masuk ke akaun Jho Low dan konco-konconya.

Dalam kenyataan media yang sama, SPRM juga telah mengumumkan bahawa sejumlah USD864,813.27 telah dipulangkan ke Malaysia dari Kerajaan Singapura milik bekas Ketua Pengarah Eksekutif syarikat SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil.

Susulan daripada kenyataan media dari SPRM tersebut, pada 22.11.2021, bagi menjawab kepada solan yang dibangkitkan semasa sidang Parlimen, Menteri Undang-udang Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah disoal berkenaan dengan isu berkaitan dan 1MDB dimasukkan ke dalam akaun-akaun milk ahli keluarga Bekas Gabenor BNM dan telah mendedahkan bahawa maklumat in sebenarnya telah berada dalam pengetahuan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) sejak tahun 2019 yang mana perbicaraan SC Dato' Sri Mohd Najib Hj. Abd Razak sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Selain itu, pada 24.11.2021, bekas Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Tommy Thomas, dalam satu temu bual atas talian, telah secara spontan mengakui bahawa beliau mempunyai pengetahuan berkenaan dengan peranan Zeti dan suaminya dalam membantu urusan ho Low dalam urusan berkaitan 1MDB. 

Tommy Thomas kemudiannya mendedahkan bahawa terdapat kertas siasatan yang telah dibuka oleh pihak SRPM ke atas bekas Gabenor BNM tersebut semasa beliau mash menyandang jawatan sebagai Peguam Negara.

Maklumat-maklumat di atas yang telah didedahkan baru-baru ini mempunyai relevan yang material ke atas pembelaan anakguam kami dan ia kelihatan seolah-oleh telah sengaja disembunyikan daripada anakguam kami walaupun maklumat maklumat tersebut telah tersedia semasa perbicaraan SC anakguam kami dan ini telah menyebabkan prejudis yang serius ke atas pembelaannya. 

Maklumat yang mempunyai relevan yang material yang dimaksudkan di atas dalam seperti berikut:-

a) Pembelaan Dato' Sri Najib telah pada setiap waktu yang material ialah, beliau telah dimaklumkan bahawa dana yang dimasukkan ke dalam akaun
peribadinya adalah dari sumbangan daripada Keluarga Kerajaan Di-Raja Arab Saudi dan sekiranya anakguam kami mengetahui bahawa dana-dana tersebut disalurkan dari punca yang lain (seperti 1MDB atau SRC), anakguam kami sememangnya akan mengambil tindakan pembetulan dan melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa;

b) Semasa perbicaraan SRC, keterangan yang telah dikemukakan di Mahkamah mengesahkan bahawa pada tahun 2011, Dato' Sri Najib telah memaklumkan kepada Pengarah AmBank, Cheah Tek Kuang untuk memastikan bahawa segala peraturan telah dipatuhi semasa pembukaan dan pengoperasian kesemua akaun;

c) Cheah Tek Kuang telah mengesahkan dalam sumpah bahawa beliau telah memaklumkan Tan Sri Zeti berkenaan dengan pembukaan akaun-akaun milik anakguam kami di Ambank dan tujuannya untuk menerima sumbangan dari Kerajaan Di-Raja Arab Saudi;

d) Dato' Sri Najib juga telah menyatakan bahawa beliau dalam beberapa situasi, telah memaklumkan kepada Tan Sri Zeti Aziz berkenaan dengan tujuan pembukaan akaun-akaun di Ambank tersebut dan ini untuk membolehkan beliau mengawasi akaun-akaun tersebut sebagai seorang yang mengetuai pengawasan segala urusan perbankan dalam negara. Beliau telah secara khususnya ditugaskan untuk mengawasi akaun-akaun milik anakguam kami;

e) Sepanjang kelangsungan perbicaraan tersebut, saksi-saksi dari AmBank dalam perbicaraan SC tersebut telah mengesahkan bahawa segala pemindahan wang ke dalam akaun anakguam kami telah dilaporkan ke
BNM termasuklah pemindahan USD 620 Juta dan RM42 Juta yang didakwa dari 1MDB/SRC:

f) Dato' Sri Najib telah mengekalkan bahawa beliau telah bergantung sepenuhnya kepada BNM dan Gabenor BNM untuk membangkitkan sebarang isu sekiranya terdapat apa-apa yang tidak teratur berlaku dalam akaun-akaunnya. 

Memandangkan BNM mahupun Tan Sri Zeti sendiri tidak pernah membangkitkan sebarang amaran kepada anakguam kami berkenaan
sebarang salah laku atau ketidak aturan berkaitan akaun-akaunnya, beliau mempunyai kepercayaan yang tulus bahawa segala dana yang memasuki akaunnya merupakan sumbangan yang telah diberikan ole Keluarga Kerajaan Di-Raja Arab Saudi;

Malah, terdapat saksi-saksi dari SPRM dan AmBank yang telah menyatakan dalam perbicaraan SC bahawa sebanyak RM642 Juta telah dimasukkan secara terus dari Arab Saudi termasuk dari akaun-akaun milik Kementerian Kewangan Saudi Arabia ke akaun Dato' Sri Najib yang telah sepenuhnya dibelanjakan ke arah projek-projek dan program-program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

g) Kenyataan yang didedahkan semasa perbicaraan telah menunjukkan bahawa Jho Low telah secara aktif menyembunyikan sifat sebenar akaun tersebut dari anakguam kami melalui konco-konconya;

h) Oleh itu, dengan pendedahan oleh SPRM dan Tan Sri Tommy Thomas baru baru ini berkenaan dengan Tan Sri Zeti membantu memudahkan urusan Jho Low, keterangan tersebut merupakan bukti material sebab mengapa tiada sebarang amaran diberikan ole Dato' Sri Najib berkenaan dengan ketidak aturan dalam akaun-akaun tersebut;

j) Perkara di atas secara jelas dan material mengesahkan pembelaan anakguam kami bahawa terdapat usahasama oleh ho Low dan konco-konconya sekelilingnya untuk memastikan anakguam sentiasa berada dalam kegelapan. 

Pendedahan terbaru berkenaan Nik Faisal Ariff Kamil juga menerima bayaran dari Jho Low melalui 1MDB juga memperkukuhkan
pembelaan anakguam kami oleh sebab Nik Faisal telah ditugaskan untuk menguruskan perihal akaun-akaun AmBank bagi pihak Dato' Sri Najib dan juga untuk memaklumkannya sekiranya terdapat sebarang perkara yang mencurigakan berkenaan dengan akaun tersebut.

Lanjutan daripada perkara itu, Dato' Sri Najib juga telah membangkitkan kebimbangan bahawa Bekas gabenor BNM telah dilantik sebagai ahli Council of Eminent Persons oleh Kerjaan Pakatan Harapan yang diterapkan sebagai "IMDB Task Force" untuk menyiasat perkara-perkara berkenaan dengan 1MDB dan SC International

Satu lagi perkara yang belum difailkan semalam adalah bahawa kami telah menerima maklumat bahawa seorang lagi saksi pendakwaan yang ditarik semula dari memberi keterangan pada saat terakhir telah menerima bayaran sebanyak RM85 Juta melalui akaun proksi di Singapura.

Dato' Sri Najib telahpun membuat laporan polis berkenaan perkara ini beberapa hari yang lalu dan sekarang kami sedang mengumpul bukti dan akan membuat hujahan lanjut dalam masa beberapa hari kerana individu tersebut memainkan peranan yang penting dalam menilai dan mengesyorkan SC diberikan jaminan kerajaan sebanyak RM4 Billion.

Mengambilkira pendedahan terbaru ini, ada kemungkinan siasatan yang dijalankan oleh IMDB Task Force in adalah tidak lengkap atau sengaja dilakukan dengan cara untuk memastikan segala tuduhan diacukan kearah Dato' Sri Najib dan dalam masa yang sama menyembunyikan penglibatan individu-individu yang lain membangkitkan persoalan sama ada segala keterangan dan bahan bukti yang dibekalkan kepada anakguam kami adalah lengkap ataupun sengaja ditapis.

Tindakan untuk menyembunyikan bahan bukti dan kegagalan untuk melengkapkan siasatan ke atas pelaku-pelaku utama dalam rantaian peristiwa SRC bermaksud Dato' Sri Najib telah dituduh dan didakwa secara pra-matang dan telah dinafikan haknya untuk dibicarakan secara adil dan saksama.

Oleh yang demikian, dengan segera kami telah diarah, dan telahpun berbuat demikian, memfailkan dalam Mahkamah Rayuan satu Notis Usul untuk memperkenalkan keterangan lanjutan untuk direkodkan dan dipertimbangkan oleh Hakim-hakim Mahkamah Rayan yang bijaksana sebelum Keputusan diberikan.

Kami menyedari bahawa Usul tersebut telah difailkan beberapa hari sebelum keputusan Rayan SRC akan diberikan, namun pendedahan terbaru oleh Agensi-agensi penting dan individu-individu ternama seperti Bekas Peguam Negara telah menyebabkan situasi in tidak boleh diketepikan mahupun dibiarkan tanpa jawapan dalam pembelaan Dato' Sri Najib dalam segala dakwaan dan pertuduhan ke atasnya.

Namun, bagi mengelakkan sebarang kelewatan (sekiranya ada) terhadap proses penghakiman, kami akan memohon satu pendengaran dengan kadar segara bagi Usul kami tersebut bagi membantu melancarkan perkara ini dan kami memohon kesabaran daripada kesemua pihak yang mempunyai minat dalam perkembangan kes ini.

TETUAN SHAFEE & CO.
Peguamcara bagi Dato' Sri Mohd Najib bin Hj Abd Razak
2 Disember 2021