Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

10 orang maut dalam kemalangan dekat Lebuhraya Elit



Nahas jalan raya membabitkan sebuah treler dan tiga kereta di Subang Jaya malam tadi menyebabkan 10 maut termasuk seorang ibu dan lapan anaknya.

Berdasarkan laporan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, kejadian berlaku kira-kira tengah malam di Kawasan Rehat USJ di Lebuhraya Elit (arah Shah Alam).

“Kami menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.42 malam, dan seramai 18 anggota bomba dari Balai Bomba Subang Jaya dan Puchong telah dihantar ke lokasi kejadian.

“Di sana, anggota kami mendapati kemalangan telah berlaku membabitkan dua Proton Wira, Perodua Axia dan sebuah treler.






“Seramai 10 mangsa maut dalam kejadian itu termasuk seorang ibu dan lapan anaknya berusia antara 10 bulan dan 17 tahun,” kata jurucakap bomba.

Ibu, 37, dan anak-anaknya menaiki salah sebuah Proton Wira, manakala mangsa ke-10 ialah seorang lelaki yang merupakan pemandu Proton Wira yang lain.

Suami dan bapa kepada anak-anaknya yang terkorban, berusia 50 tahun, terselamat dengan mengalami kecederaan.

Pemandu Perodua Axia patah kaki, manakala seorang penumpang wanita cedera ringan.

Menurut laporan awal, pemandu treler dan dua kanak-kanak bersamanya tidak cedera.

Jurucakap itu berkata, kesemua mangsa dan jenazah dihantar ke Hospital Shah Alam.

-Mkini