Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Takut sangat lulus i-Citra RM10k, Najib ajar Zafrul cara-cara pulihkan aset KWSP



Pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000 secara lumpsum telah menjadi keinginan terdesak bagi rakyat yang memerlukan akibat terjejas dari kesan PKP dan Darurat yang telah diputuskan oleh kerajaan PN di bawah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Oleh kerana terlalu lama untuk menunggu Menteri Kewangan, Tengku Zafrul untuk meluluskan pengeluaran tersebut, Bekas Perdana Menteri DS Najib Razak akhirnya memberi tips dan panduan secara terperinci bagi menyenangkan Menteri Kewangan itu meluluskan pengeluaran KWSP i-Citra.

Berikut adalah 4 langkah yang telah diperjelaskan oleh Najib: 

STEP 1: Tekan butang untuk i-Citra RM10k bagi kali terakhir.

STEP 2: Struktur semula kaedah pembayaran dividen KWSP di mana baki simpanan yang lebih rendah akan menerima kadar dividen yang lebih tinggi secara berperingkat. Naikkan semula kadar caruman KWSP majikan bagi mereka yang gaji basic RM5k sebulan dan ke bawah.

Matlamat utama KWSP ialah untuk memastikan seramai mungkin Rakyat Malaysia mempunyai jumlah simpanan usia tua yang mengcukupi - bukan untuk memperkayakan lagi orang kaya yang mempunyai baki simpanan KWSP yang sudah sangat tinggi.

STEP 3: Pulihkan semula projek HSR Kuala Lumpur-Singapura. Disamping memberi impak ekonomi yang sangat besar pada negara dan menaikkan pendapatan ramai, ianya juga akan hidupkan semula projek Bandar Malaysia.

Projek HSR ini sebenarnya tidak menggunakan dana kerajaan Malaysia secara terus tetapi ianya melalui projek financing kadar faedah yang amat rendah dengan jaminan kedua-dua kerajaan Malaysia dengan Singapura dan akan dibayar balik melalui pendapatan dari projek bagi jangka masa yang panjang.


STEP 4: Berikan projek Bandar Malaysia yang dibatalkan kerajaan PN terdahulu kepada KWSP dan PNB yang sudah terbukti memajukan projek Battersea di England.

Nilai projek Bandar Malaysia hari ini sekitar RM13b (pada tahun 2019, kerajaan PH pernah jual kepentingan 60% projek ini dengan harga RM7.41 bilion) dan mempunyai nilai pembangunan kasar sebanyak RM140 bilion setelah ianya dimajukan.

Saya juga cadang KWSP dan PNB menjenamakan semula projek ini ke Bandar ASEAN dan menawarkan sebahagian projek kepada syarikat-syarikat pelaburan kerajaan Singapura untuk dibangun bersama. 

Penglibatan syarikat Singapura mampu menaikkan lagi nilai projek ini sebab mereka akan membawa masuk lebih banyak pelabur dan pembeli memandangkan lokasi projek ini adalah di hujung projek HSR KL-Singapura.

Selain projek Bandar ASEAN ini, kerajaan Malaysia juga perlu beri lebih banyak keutamaan kepada KWSP dan syarikat milik KWSP sekiranya ada projek lain yang lebih menguntungkan.

Dengan 4 Steps ini, ekonomi negara mampu dimajukan dan simpanan usia tua pencarum KWSP mampu dipulihkan dalam masa yang singkat.

Mohon dipertimbangkan.