Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Program tukar minyak enjin motosikal bukan rasuah, kata calon PN Machap Jaya



PRN MELAKA | Program penukaran minyak enjin motosikal anjuran Perikatan Nasional di Machap Jaya menimbulkan sekiranya ia satu kesalahan pilihan raya.

Bagaimanapun, calon PN Machap Jaya Tai Siong Jiul menepis kebimbangan itu menjelaskan dia tidak membayarnya.

"Pejabat pilihan raya saya mengatur perkara ini. Ada rakan memberi sedikit tajaan untuk program itu," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui pada program itu hari ini.

Mengulas lanjut, Tai - yang merupakan ahli bersekutu Bersatu - dia beliau hanya hadir untuk program itu.

“Bukan saya yang bagi (minyak enjin). Mereka uruskan jadi saya datang.

"Saya difahamkan bahawa saya tidak membayarnya. Jika ia rasuah saya akan membayar. Adakah anda melihat saya membayarnya? Saya tidak membayar," katanya.

Salah seorang pembantu Tai kemudian mencelah, berkata calon itu tidak tahu menahu mengenai aspek kewangan program yang dihadirinya - termasuk ceramah makan malam bersama usahawan di sebuah restoran di Machap Jaya malam ini.

Bagaimanapun, apabila Malaysiakini bertanya kepada seorang pembantu di bengkel yang dibayar untuk program menukar minyak enjin itu, mereka membayangkan sumber kewangan daripada seseorang dalam pasukan Tai.

Pembantu itu berkata setiap penukaran minyak enjin itu bernilai RM15.

Kira-kira 50 penunggang motosikal dikatakan mendapat manfaat daripada program penukaran minyak enjin itu, menurut Tai.

Memberi hadiah - walaupun bagi pihak seseorang - merupakan satu kesalahan pilihan raya mengikut Seksyen 10(c) Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Semalam, calon PN memeterai ikrar untuk tidak terlibat dengan rasuah.

Ditanya mengenai perkara tersebut, Tai berkata dia berpegang teguh pada ikrar itu.

"Ikrar berkenaan mengenai rasuah jika ada projek atau salah guna kuasa, ini tidak akan berlaku pada masa hadapan," katanya.