Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PRN Melaka bukti rakyat mudah termakan umpan perkauman -Mat Sabu



28 NOV: Presiden Amanah, Mohamad Sabu, mengakui Pakatan Harapan (PH) kini sudah hilang sokongan orang Melayu sehingga pembangkang kalah teruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dua minggu lalu.

Bagaimanapun, Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata kekalahan PH dalam PRN Melaka mempunyai hikmah tersendiri dan menilai sokongan rakyat terhadap PH.

“Kita lihat hilangnya sokongan orang Melayu kepada PH. Baguslah PRN Melaka itu dibuat, dapat kita mengukur keadaan sebenar. Oleh itu PH akan bermesyuarat Isnin ini bagi membincangkan hal ini.

“Yang utama sekali, kita kena banyakkan rakan berbanding lawan dan hilangkan persepsi negatif yang ditanam terhadap PH.

“(Persepsi) bukan betul pun, malah sekarang kita nampak PAS Kelantan sendiri pun mula sebut rasa nikmat di bawah kerajaan PH yang beri RM400 juta duit petroleum kepada Kelantan,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Konvensyen Amanah Kelantan Kali Keenam.

Berdasarkan PRN Melaka, kata beliau, rakyat Malaysia masih mudah termakan dengan umpan perkauman dan perkara itu terus menjadi modal survival pihak yang mahu berkuasa atau mengambil alih kuasa.

BN memenangi 21 daripada 28 kerusi iaitu dua pertiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, menyaksikan tambahan lapan kerusi, berbanding 13 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Parti itu menewaskan PH yang hanya memenangi lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

-Mkini