Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Manifesto Barisan Nasional untuk Melaka dalam 5 tahun



MELAKA : Cadangan pelantikan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tambahan menerusi pindaan Perlembagaan Negeri antara kandungan manifesto Barisan Nasional (BN) yang diumumkan hari ini.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan merangkap Pengarah PRN Melaka berkata, langkah itu sekali gus membolehkan pelantikan ADUN dalam kalangan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ia menggambarkan kesediaan kerajaan BN untuk mendengar suara semua pihak.

“BN kena menang dua pertiga, barulah boleh meminda Perlembagaan untuk melaksanakan cadangan ini,” katanya dalam ucapan pelancaran manifesto BN hari ini.

Terdahulu, Mohamad berkata, usaha mengatasi masalah banjir  antara kandungan manifesto BN ‘Melaka Lima Tahun’ bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang mengariskan satu matlamat di samping lima teras dan 103 inisiatif.

Katanya, lima inisiatif tersebut adalah mengekalkan kestabilan politik dalam agenda politik matang, merealisasikan ekonomi baharu, kominted meningkat tadbir urus kerajaan, memelihara keharmonian bersatu padu dan agenda untuk menjayakan pembangunan mapan.

“Kita tidak beri janji manis kepada rakyat, namun manifesto ini kita percaya mampu dilaksanakan kerana ia bersifat realistik.

“Manifesto ini berpijak kepada bumi nyata, berpijak kepada keperluan rakyat. Hal ini kerana BN mempunyai pengalaman luas, rekod pencapaian cemerlang. 

“Maka perjuangan kami berpaksikan kestabilan politik dan komited untuk meneruskan agenda negeri untuk kesenangan rakyat,” katanya. 

5 TERAS UTAMA MANIFESTO

 1. Mengekalkan kestabilan politik menerusi agenda meraikan politik yang matang

2. Barisan Nasional menetapkan janji untuk merealisasikan lonjakan ekonomi baharu menerusi kekuatan sektor ekonomi sedia ada yang terdapat di negeri Melaka

3. Jika ada kelemahan kita janji akan perbaikinya. Jika ada kekurangan kita janji akan perkasakan kerajaan ini dengan sokongan anak muda dan belia di kalangan orang Melaka

4. Kita berjanji untuk terus memelihara keharmonian masyarakat bersatu yang terdapat di bumi Melaka

5. Agenda untuk menjayakan pembangunan mapan dan perkongsian kemakmuran bersama orang Melaka




10 SEBAB KENAPA PILIH BARISAN NASIONAL

1. Kestabilan politik
2. Menjamin masa depan
3. Meneruskan agenda ekonomi
4. Rekod pencapaian cemerlang
5. Tadbir urus kerajaan yang adil dan cemerlang
6. Integriti
7. Calon berwibawa 
8. Penglibatan belia
9. Negeri maju berteknologi tinggi
10. Inklusif 


KLIK SINI untuk mengenali calon-calon Barisan Nasional.


– UTUSAN ONLINE