Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Isu Tipu Ijazah: Calon PN akan jawab pada hari mengundi


“Saya hanya akan jawab dekat atau pada hari mengundi,” tegas calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Kamarudin Sidek yang terpalit dengan dakwaan menipu status pendidikannya.

Katanya, isu itu bukan pertama kali dibangkitkan terhadapnya, malah pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dan PRU-14 sebelum ini turut dipersoalkan.

“(Mungkin) terancam sebab saya tiada isu lain seperti rasuah sepanjang tempoh 18 bulan dengan kerajaan.

“Saya tak mahu jawab dulu. Isu ini pernah disebut dan tiada kesudahan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Melaka berkata, fokusnya kini untuk turun padang dan berkempen sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 November ini.

“Fokus dan tumpuan saya kini kepada kempen dan bertanya isu yang dihadapi rakyat, isu peribadi tiada apa,” katanya.

Beliau berkata, dalam PN tiada serangan peribadi dilakukan terhadap calon lawan.

“Kita dalam PN tidak serang peribadi calon lawan, buruk macam mana pun kita tidak ketengahkan,” katanya.



Terdahulu, tular di media sosial yang mendakwa kelulusan Sarjana Muda Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar, yang tertera pada poster memaparkan gambar Kamarudin adalah tidak benar.

Malah, Kamarudin turut didakwa tidak menghabiskan pengajiannya

-inforakyat