Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kesemua 112 calon PRN Melaka diberi peluang keluar TV



MELAKA: Kesemua 112 calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu memanfaatkan platform Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk memperkenalkan diri kepada pengundi.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, keputusan RTM menyediakan platform itu merupakan satu perkembangan baik dalam amalan sistem demokrasi negara.

“Terima kasih Tan Sri Annuar Musa selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia yang membuka lantai demokrasi melalui penyertaan mereka menerusi ruang-ruang yang disediakan.

“Kapsul dan biodata tentu sekali disediakan RTM. Jadi, saya nak galakkan semua calon dan calon yang menawarkan diri sebagai wakil rakyat dalam PRN Melaka agar menggunakan kesempatan ditawarkan RTM supaya mereka dapat lebih dikenali oleh rakyat melalui siaran-siaran RTM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tehel dekat sini hari ini.

Sebelum ini kerajaan membenarkan RTM untuk menyiarkan poster dan biodata calon yang bertanding pada PRN Melaka bermula 14 November lalu. 

-UTUSAN ONLINE