Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Fesyen Aina Abdul buat netizen tergamam



PETALING JAYA – Jika sudah namanya Aina Abdul, apa sahaja yang dipakainya pasti akan mencuri perhatian ramai.

Malam ini, dia sekali lagi menjadi bahan bualan netizen gara-gara gaun hitam sendat dan gumpalan kain pada bahagian kepala yang digayakannya pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Baju rekaan Behati tersebut menjadi tumpuan ramai susulan imej unik terutama pada bahagian kepala yang dilihat persis sekuntum bunga.

Rata-rata netizen memuji keberanian Aina menggayakan imej tersebut.



Tidak kurang juga ada yang melabelnya sebagai Didie Alias 2.0 kerana gemar tampil dengan imej pelik dan unik acap kali menghadiri sesuatu acara besar.

“Sebenarnya baju Aina cantik sebab lain daripada orang. Cuma orang Malaysia saja yang tidak berfikiran terbuka,” komen seorang netizen.

“Aina dan Didie saja yang berani menggayakan imej begini,” puji seorang lagi pengguna Twitter.

Sebagai info, Aina tidak berjaya membolosi senarai Top 5 finalis bagi kategori Penyanyi Wanita Popular ABPBH34 tahun ini. 


– K! ONLINE