Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Budak 1 tahun maut lemas dalam kolam renang di rumah sendiri



Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun sembilan bulan ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam renang di rumahnya di Kampung Balun, Slim River di sini semalam.

Rayyan Mikhail Azmi disahkan meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi hari ini ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, kanak-kanak terbabit disedari tiada di dalam rumah sebelum mangsa ditemui tersembam oleh bapanya dalam kolam renang tersebut.

Katanya, mangsa yang tidak sedarkan diri itu segera dibawa di Hospital Slim River untuk rawatan awal.

“Semasa dirawat di Hospital Slim River, mangsa didapati masih hidup dan diberi rawatan awal. Kanak-kanak itu kemudian dirujuk ke HRPB untuk rawatan lanjut kerana keadaannya yang tidak stabil.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi ini ketika rawatan,” katanya di sini hari ini, menurut laporan Kosmo.

Menurut beliau, proses bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik HRPB bagi mengetahui punca kematian kanak-kanak itu.

-BeritaPerak