Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

BN perlu insaf dalam kemenangan, kata Ketua Puteri UMNO



MELAKA: Ketua Puteri UMNO Malaysia, Dato Zahida Zarik Khan memanjatkan rasa kesyukuran selepas Barisan Nasional (BN) diumumkan sebagai kerajaan baru negeri Melaka.

"Syukur pada Allah SWT. Apa lagi nak dikata, sangat hiba. Tanpa disedari air mata mengalir. 
Gembira tak terkata atas kemenangan yang luar biasa."ujar beliau

Zahida juga mengingatkan kepada BN bahawa kemenangan ini bukan tiket untuk bermegah dan mendabik dada, namun BN perlu insaf dan sedar bahawa tidak ada yang kekal. 

"Nikmat diberi Tuhan boleh diambil pada bila-bila masa. Kuasa yang pernah hilang dikembalikan atas izin Allah jua. Semoga kemenangan ini kemenangan yang diberkati untuk kita semua menabur bakti."

"Melaka negeri kecil tetapi rakyatnya berjiwa besar. Mereka bijak menilai yang mana intan dan yang mana kaca. Terima kasih Melaka! Terima Kasih atas kepercayaan diberikan kepada Barisan Nasional."ujar Zahida di Facebook.

BN telah berjaya mendapat kemenangan majoriti 2/3 setelah berjaya memenangi 21 kerusi ADUN daripada 28 kerusi di dalam Pilihanraya Negeri Melaka yang diadakan pada 20 November 2021.

-TunCarlos.com