Wanita terjun dari tingkat 19 bersama dua anak kecil



Seorang wanita di Rusia maut selepas nekad terjun dari tingkat 19 sebuah apartmen sambil memeluk dua anak kecilnya.

Lapor The Sun, Olga Zharkova, 34, mengambil keputusan drastik itu selepas mengalami masalah kemurungan setelah melahirkan bayi.

Mangsa terjun dari ketinggian 57 meter sambil mendukung anak tiga tahun dan bayi berusia sebulan.

Dilaporkan, kedua-dua anak kecil itu juga meninggal dunia di sisi ibunya.

Kejadian itu berlaku di sebuah apartmen di Moscow pada Isnin lalu.

Gambar lokasi kejadian

Kedua anaknya turut maut setelah jatuh dari ketinggian 190 kaki

Menurut pihak berkuasa, Zharkova yang merupakan isteri kepada seorang pegawai tentera membunuh diri secara tragis akibat menderita masalah tekanan pasca-trauma selepas bersalin.

“Kami turut menemukan sekeping nota ditulis mangsa yang menyatakan dia tidak mahu meninggalkan dua anaknya di dunia ini.

“Wanita itu juga pernah mengadu kepada kenalannya bahawa dia mengalami kemurungan selepas bersalin serta berasa sunyi dan letih,” jelas pihak berkuasa.

Jawatankuasa Pasukan Penyiasat Rusia sedang menyiasat kejadian tersebut. 

– AGENSI


Join our Telegram Channel
Telegram


Wanita terjun dari tingkat 19 bersama dua anak kecil Wanita terjun dari tingkat 19 bersama dua anak kecil Reviewed by Tun Carlos on October 15, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.