Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Daki bukit tanpa vaksin lengkap, 10 individu dikompaun



Keghairahan 10 remaja melakukan aktiviti mendaki Bukit Panau, di Tanah Merah, Kelantan, hari ini, berakhir dengan kehampaan apabila dikompaun pihak berkuasa gara-gara belum lengkap dos vaksin.

Dalam kejadiaan itu, pihak polis menjalankan operasi di kaki bukit itu pada jam 7.30 pagi tadi dan memeriksa seramai 250 pengunjung.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superitenden Zainuddin Md Yusoff berkata kesemua remaja berusia 14 hingga 18 tahun itu dikompaun selepas didapati mereka tidak lengkap dos vaksin menerusi aplikasi MySejahtera.

Katanya, kesemua mereka yang dikompaun didapati mencuba nasib untuk datang beriadah di kawasan itu meskipun mereka belum lengkap dos vaksin.

“Kesemua remaja itu dikompaun mengikut Perkara 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 dengan nilai kompaun RM2,000 setiap seorang.


“Polis sentiasa mengingatkan bahawa individu yang tidak lengkap suntikan vaksin tidak boleh ke tempat pelancongan atau lokasi tumpuan orang ramai,” katanya ketika dihubungi media, hari ini.

Zainuddin berkata pihaknya turut mengeluarkan notis amaran terhadap 15 individu yang didapati leka dan tidak menjaga prosedur operasi standard apabila gagal menjaga penjarakan fizikal.

Jelasnya, polis akan mengeluarkan kompaun terhadap 15 individu itu sekiranya didapati melakukan kesalahan sama pada masa akan datang.

Tambahnya, polis sentiasa menggalakkan pengunjung beriadah di kawasan rekreasi, namun perlu mematuhi SOP yang ditetapkan ketika ini.

-Mkini