Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

LHDN mohon batal tuntutan balas peguam Najib



Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memfailkan permohonan untuk membatalkan tuntutan balas peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah dalam kes tuntutan cukai tertunggak RM9.41 juta.

Bertindak bagi pihak kerajaan, LHDN berkata tuntutan balas itu tidak munasabah dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Afidavit sokongan pegawai LHDN Shamsul Effendi Khamis menyebut, tuntutan defendan bercanggah dengan Aturan 73 Kaedah 4(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

Peruntukan itu memperuntukkan seseorang tidak boleh dalam apa-apa prosiding oleh kerajaan membuat apa-apa tuntutan balas sekiranya prosiding itu adalah untuk prosiding menuntut cukai.

“Dalam hal ini, peruntukan tersebut bersifat mutlak memandangkan Aturan 73 Kaedah 4(1) KKM 2012 sama sekali tidak memberi sebarang pengecualian yang membolehkan defendan memfailkan tuntutan balas di dalam prosiding tuntutan cukai,” katanya.

Shamsul berkata Shafee sepatutnya memfailan semakan kehakiman dan bukannya tuntutan balas.

Shamsul Effendi bertugas sebagai penolong pengarah Unit Kawalan, LHDN cawangan guaman Kuala Lumpur.

Melalui pernyataan pembelaan dan tuntutan balas yang dikemukakan pada 11 Ogos, Shafee menafikan tuduhan LHDN berhubung notis taksiran terhadapnya bagi tempoh 2011 hingga 2016.

Peguam itu mendakwa taksiran cukai itu bukan sahaja tidak tepat tetapi juga melanggar undang-undang dan mala fide (berniat jahat).

Shafee mendakwa saman dan taksiran cukai itu merupakan serangan berterusan terhadapnya kerana mewakili bekas perdana menteri, Najib Razak.

Shafee merupakan peguam bela utama Najib dalam kes berkaitan 1MDB.

-MalaysiaKini