Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Khairy tegur ramai Menteri tak ikut SOP



PETALING JAYA: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengingatkan semua orang, termasuk menteri, untuk sentiasa memakai pelitup muka ketika bertemu orang lain di tempat awam.

Katanya di Instagram, beliau menyedari “semakin ramai rakan sekerja saya dilihat dalam gambar dalam mesyuarat tanpa memakai pelitup muka”.

Tambahnya, ramai ahli politik menghidap penyakit diabetes, darah tinggi dan “mungkin obes”.

Khairy memberi amaran, dijangkiti Covid-19, walaupun setelah menerima vaksin, bukan sesuatu yang “menyeronokkan”.

Katanya, kes Covid-19 di United Kingdom melonjak kerana “kedegilan” rakyatnya tidak mahu memakai pelitup muka.

“Jangan jadi seperti UK. Pakai pelitup muka,” kata Khairy.

Kes-kes Covid-19 di UK dilaporkan mencecah 52,009 pada Khamis.

Kadar kemasukan ke hospital dan kematian di negara itu turut meningkat semasa musim panas susulan pemansuhan sekatan Covid-19 pada Julai.

Semalam, negara melaporkan 6,630 kes baharu dan 78 kematian.

-FMT