Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Jangan simpan air mani terlalu lama



Jarang lelaki menolak untuk berjimak. Ada, tetapi jarang. Tiada isu bagi golongan suami dalam isu jimak ini. Benda seronok, dapat pahala pula tu, jarang yang tolak. Nabi ﷺ bersabda:

وَفِيْ بُضْعِ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ
"Dan persetubuhan salah seorang dari kalian (dengan isterinya) adalah sedekah"

Mereka pun bertanya: "Adakah salah seorang dari kami memenuhi syahwatnya, dan dia memperoleh pahala di dalamnya?"

Kemudian Rasulullah ﷺ menjelaskan dengan sebuah analogi:

أَرَأَيْتُمْ لَوْ وَضَعَهَا فِيْ حَرَامٍ أَكَانَ عَلَيْهِ وِزْرٌ؟ فَكَذَلِكَ إِذَا وَضَعَهَا فِيْ الْحَلَالِ كَانَ لَهُ أَجْرٌ
"Bukankah kalian telah tahu, seandainya dia memenuhi syahwatnya dengan cara yang haram, dia akan menanggung dosa? Demikianlah juga jika dia memenuhi syahwatnya dengan cara yang halal, maka baginya pahala." [HR. Muslim no.1006].

Namun lain pula halnya dengan wanita. Wanita sering menolak berhubungan badan entah tidak tahu apa alasannya.

Kadang-kadang dia lebih bernafsu mengadap telefon daripada memenuhi kehendak suami. Bukan semua, tapi ada yang begitu.

Padahal apa yang para isteri tidak tahu adalah jimak inilah yang banyak menyelesaikan masalah rumah tangga, antaranya;

1. Mengelakkan suami memandang wanita lain,
2. Mengelak suami dari melakukan zina,
3. Memberi anak keturunan kepada suami,
4. Melembutkan hati suami, dalilnya;

Imam An-Nawawi رحمه الله berkata,

اعلم أن شهوة الجماع شهوة أحبها الأنبياء و الصالحون, قالوا لما فيها من المصا لح الدينية و الدنيوية, و من غض البصر, و كسر الشهوة عن الزنا, و حصول النسل الذي تتم به عمارة الدنيا و تكثر به الأمة إلى يوم القيامة. قالوا: و سائر الشهوات يقسي تعاطيهم القلب, إلا هذه فإنها ترقق القلب
"Ketahuilah bahawa syahwat jimak adalah syahwat yang disukai oleh para nabi dan orang-orang soleh.

Mereka berkata, kerana padanya terdapat berbagai mashalat agama dan dunia seperti menundukkan pandangan, meredakan syahwat dari zina dan memperoleh keturunan yang dengannya menjadi sempurna bangunan dunia dan memperbanyak jumlah umat Islam.

Mereka berkata, semua syahwat boleh mengeraskan hati jika ditunaikan kecuali syahwat ini, kerana boleh melembutkan hati." [Syarh Al-Arbain An-Nawawiyah hal 91, Darul Aqidah, Koiro].

5. Menyelesaikan kebuntuan suami,
6. Membersihkan fikiran suami,
7. Memudahkan suami untuk belajar, dalilnya;

Ibnu 'Uqail Al-Hambil berkata,

كنت إذا استغلقت على مسألة، دعوت زوجتي إلى الفراش,فإذا فرغت من أمرها قمت إلى قراطيس أصب العلم صبا. لأن الجماع يصفى الذهن ويقوى الفهم.
"Ketika aku terkunci (buntu) pada suatu permasalahan (ilmu), maka aku panggil isteriku untuk berhubungan badan. Ketika aku selesai, maka aku ambil kertas dan aku tuangkan ilmu padanya (mulai menulis)", kerana jimak dapat membersihkan fikiran dan menguatkan pemahaman." [Quwwatul Qulub karya syaikh Abu Thalib Al-Makkiy].

8. Membersihkan hati suami, dalilnya;

Al-Junaid berkata,

وكان الجنيد يقول : أحتاج الى الجماع كماأحتاج الى القوت. فالزوجة على التحقيق قوت وسبب لطهارة القلب. ولذللك أمر رسول الله كل من وقع نظره على إمرأة فتاقت اليها نفسه ان يجامع أهله.
"Aku memerlukan jimak sebagaimana aku memerlukan makanan. Isteri itu hakikatnya adalah penampilan badan dan menjadi sebab bersihnya hati. Oleh kerana itu Rasulullah memerintahkan kepada setiap lelaki yang melihat perempuan lalu bersyahwat, maka hendaknya ia menggauli isterinya." [Ihya 'ulumuddin hal. 389].

9. Mengelak suami dari sakit,
10. Meredakan marah dan emosi suami, dalilnya;

Imam Ibnul Qayyim رحمه الله‎‎ menyimpulkan tujuan-tujuan jimak;

i. Menyambung keturunan dan kewujudan bangsa sehingga yang ditakdirkan Allah.
ii. Mengeluarkan cairan yang akan mendatangkan kemudaratan pada tubuh badan apabila cairan itu tertahan.
iii. Memenuhi keperluan biologi, mencapai kenikmatan dan kesenangan. Tujuan inilah yang akan dinikmati di syurga, kerana di sana tidak ada kelahiran keturunan dan juga tidak ada sesuatu tertahan yang harus dikeluarkan.

Apabila air mani tertahan, ia akan mendatangkan penyakit-penyakit buruk, seperti was-was, gila (marah adalah permulaan kepada penyakit gila), khayal dan lain-lain. Oleh itu, secara semula jadinya, air mani akan terdorong keluar melalui mimpi basah bila berjumlah banyak, tanpa melalui jimak.

Sebahagian ulama salaf mengatakan,

"Semestinya seseorang sentiasa menjaga tiga hal pada dirinya: tidak mengabaikan berjalan kaki, sebab jika dia perlu berjalan, dia akan mampu (untuk berjalan); sepatutnya tidak meninggalkan makan, sebab usus-ususnya akan menyempit, dan seharusnya tidak meninggalkan jimak, sebab air telaga apabila tidak ditimba, maka airnya akan habis."

Selanjutnya, Imam Ibnul Qayyim رحمه الله menyampaikan manfaat lain dari jimak iaitu akan mampu menahan pandangan, mengendalikan nafsu, mampu menjaga diri dari perbuatan haram dan mendatangkan tujuan tersebut juga pada isteri. Jimak bermanfaat bagi si lelaki di dunia dan akhirat dan bermanfaat juga bagi si isteri." [Rujuk Zadul Ma'ad 4/228-229].

Jangan Tolak Ajakan Suami Tanpa Uzur

Dari Abu Hurairah, Nabi ﷺ bersabda,

إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ أَنْ تَجِىءَ لَعَنَتْهَا الْمَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ
"Jika seorang lelaki mengajak isterinya ke ranjang (untuk berhubungan intim), lantas si isteri enggan memenuhinya, maka malaikat akan melaknatnya hingga waktu Subuh." [HR. Bukhari no. 5193 dan Muslim no. 1436].

Suami pula bertoleransilah, jangan ganas sangat. Jangan keras sangat. Berlembutlah dan bermesyuaratlah. Benda boleh bawa berbincang.

Sumber:
1. muslim.or.id
2. almanhaj.or.id
3. rumaysho.com
4. Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman