Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Wanita terberanak ketika buang air besar, bayi maut dalam mangkuk tandas



PETALING JAYA: Bayi yang baru dilahirkan maut terjatuh ke dalam mangkuk tandas selepas ibunya yang mengandung tujuh bulan secara tidak sengaja melahirkannya ketika hendak membuang air besar dalam kejadian di Sekinchan hari ini.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 4.03 petang.

“Sembilan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan dikejarkan ke lokasi.



“Bayi itu dilahirkan tanpa sengaja oleh ibunya yang berusia 37 tahun semasa hendak membuang air besar,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, bayi malang itu berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat dengan memecahkan mangkuk tandas itu.

Katanya, bagaimanapun bayi berkenaan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.

Difahamkan, ibu mangsa yang kini dirawat di Hospital Tanjung Karang dilaporkan stabil.

-FMT