Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Staff bank mengaku tak bersalah keluarkan duit pelanggan, beli jongkong emas

v

KUALA LUMPUR, 27 September 2021 - Pada 27 September 2021, seorang kakitangan bank telah didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas pertuduhan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan (Pecah Amanah Pekerja) membabitkan kerugian berjumlah RM 376,110.72.

Pengadu, Naib Pengerusi bank berkenaan telah membuat laporan polis ke atas seorang kakitangan yang telah melakukan pecah amanah dengan cara mengeluarkan wang dari akaun simpanan tetap milik salah seorang pelanggan. Wang tersebut telah disalahgunakan oleh suspek  bagi membeli jongkong emas (gold bars) bernilai RM 376,110.72. 

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan. 

Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari empat belas tahun, dan dengan sebat, dan bolehlah juga dikenakan denda. 

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM 30,000 dan tarikh sebutan kes ditetapkan pada 27 Oktober 2021.

Sebarang jenayah atau pun aktiviti yang mencurigaikan, hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.

sumber: FB Polis KL