Najib Razak buat laporan polis terhadap pegawai-pegawai LHDN



KENYATAAN RASMI DS NAJIB RAZAK:

Sejak kebelakangan ini, saya telah menerima banyak maklumat tentang denda cukai tambahan yang dikenakan terhadap saya.

Ada yang datang menemui saya dan memohon maaf serta memberitahu saya bahawa kes cukai tambahan RM1.7b ini sebenarnya telah disiasat 3 kali sejak 2018.

Malah mereka sendiri akui, setelah tiga kali siasatan itu dijalankan dengan penuh teliti, mereka tidak menemui apa-apa kesalahan yang dilakukan saya dan tiada penalti cukai yang patut dikenakan terhadap saya.

Namun, selepas tiga kali siasatan itu selesai dan hasilnya jelas saya tidak melakukan sebarang kesalahan mengikut undang-undang, ada pegawai tertinggi LHDN yang mengarahkan untuk teruskan penalti cukai terhadap saya kerana telah diarahkan oleh ahli-ahli politik tertentu.

Sudah tentu ini menggusarkan kerana arahan tindakan itu lanjutan dari arahan ahli politik dan bukan bersandarkan kepada fakta siasatan, serta asas undang-undang malah ini membuang masa banyak pihak terutama diri saya sendiri dan jelas menyalahgunakan kuasa.

Tetapi disebabkan oleh tindakan pegawai tertinggi LHDN itu selepas menerima arahan dari ahli politik tertentu, saya dikenakan cukai ke atas:

1) Wang yang disebut RM2.6b yang telah dikembalikan kepada penghantar empat bulan selepas diterima - tetapi masih dikirakan sebagai pendapatan.

2) Wang yang dipindah dari akaun bank atas nama saya ke satu lagi akaun atas nama saya juga dikira sebagai pendapatan.

Tidak cukup dengan itu, arahan juga diterima oleh mereka untuk:

1) tidak membenarkan kes saya dibawa ke Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) untuk mempertikaikan keabsahaan pengiraan LHDN untuk rayuan.

2) Diteruskan tindakan untuk bankrapkan saya tanpa diberikan peluang untuk pertikaikan keabsahan pengiraan taksiran.


Berdasarkan maklumat serta bukti kukuh saya terima, saya telah membuat laporan polis terhadap LHDN tengah hari ini sebab saya dimaklumkan secara sahih bahawa pegawai-pegawai terbabit serta ahli-ahli politik tertentu dipercayai dengan jelas melanggar Seksyen 167, Seksyen 192, Seksyen 196, Seksyen 197 Kanun Keseksaan dan Seksyen 23 Akta SPRM yang membabitkan salah guna kuasa dan penggunaan dokumen palsu.

Berhubung dengan itu juga, saya mempelawa semua pihak terutamanya juruaudit cukai untuk memeriksa fail cukai pendapatan saya yang telahpun dikemukakan kepada mahkamah.

Saya juga akan menulis surat kepada pihak LHDN bagi memberi kebenaran kepada mereka untuk dedahkan fail cukai pendapatan saya bagi tahun-tahun berkenaan kepada mana-mana pihak yang berminat supaya mereka boleh lihat sendiri keabsahaan denda cukai tambahan terhadap saya yang langsung tidak masuk akal dan melangkaui undang-undang.

Saya percaya pihak polis akan siasat secara mendalam dan menegakkan keadilan terhadap saya. 


sumber: FB Najib Razak




Join our Telegram Channel
Telegram


Najib Razak buat laporan polis terhadap pegawai-pegawai LHDN Najib Razak buat laporan polis terhadap pegawai-pegawai LHDN Reviewed by Tun Carlos on September 08, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.