Kes fitnah Ebit Lew, tiada keperluan panggil semula Caprice -Polis



KUALA LUMPUR: Proses siasatan ke atas penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice sudah lengkap dan tiada keperluan untuk polis memanggilnya semula.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, kertas siasatan (IP) bagi kes berkenaan telah dirujuk ke Bukit Aman.

"Kita telah merujuk perkara ini ke Bukit Aman untuk diteliti. Sekiranya terdapat kekurangan kita akan memperbaikinya, sebelum merujuk perkara berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya, dalam satu sidang media di sini pada Rabu.

Tambahnya, pihak polis tidak akan mengambil keterangan penyanyi rap Caprice.
"Kita sedia maklum Caprice telah kembali ke Malaysia, baru-baru ini.

"Bagaimanapun, tiada keperluan untuk memanggilnya (Caprice) untuk tujuan merekodkan keterangan memandangkan dia telah menjawab persoalan menerusi emel, baru-baru ini," tambahnya.

Sebelum ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan penyanyi rap, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Pada 21 Julai lalu, Ebit Lew membuat laporan polis mendakwa dirinya telah difitnah dipercayai berkaitan isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin.

Laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

-AstroAwani


Join our Telegram Channel
Telegram


Kes fitnah Ebit Lew, tiada keperluan panggil semula Caprice -Polis Kes fitnah Ebit Lew, tiada keperluan panggil semula Caprice -Polis Reviewed by Tun Carlos on September 15, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.