Lelaki bakar pondok polis dekat Bachok berjaya ditahan (video)



Kononnya tidak berpuas hati dengan ketegasan polis dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang termasuk sekatan jalan raya menjadi punca seorang penganggur bertindak membakar pondok bit polis berhampiran Pasar Jelawat, Bachok, di Bachok, Sabtu lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata pengakuan lelaki berusia 34 tahun itu diperoleh selepas dia ditahan di rumahnya pada 7.30 pagi semalam.

Beliau berkata lelaki itu merupakan suspek keempat ditahan pihaknya bagi membantu siasatan kes tersebut namun siasatan kini ditumpukan terhadapnya berikutan pengakuan itu.

"Ketika melakukan tindakan khianat itu, suspek (penganggur) menggunakan sebuah motosikal berwarna merah namun semasa ditahan, warna motosikal itu didapati telah bertukar kepada kuning.

VIDEO:

"Hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dengan kejadian itu kerana tidak puas hati terhadap pihak polis selain melakukannya selepas dihasut dan dicabar oleh rakan-rakan supaya membakar pondok bit polis tersebut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok di Bachok hari ini.

Shafien berkata lelaki itu yang didapati positif terhadap dadah kini direman enam hari bermula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

VIDEO KEJADIAN:
- Bernama

Join our Telegram Channel
Telegram


Lelaki bakar pondok polis dekat Bachok berjaya ditahan (video) Lelaki bakar pondok polis dekat Bachok berjaya ditahan (video) Reviewed by Tun Carlos on September 15, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.