Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Jasad anggota tentera terjatuh dalam Sungai Pahang akhirnya ditemui



KUALA LUMPUR – Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan penemuan jasad di kawasan Kampung Serengkam, Maran adalah anggota pasukan keselamatan itu Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa yang dipercayai lemas dan hilang ketika menjalani latihan penyusupan menyeberangi Sungai Pahang.

Allahyarham yang merupakan anggota Tinjau dari pasukan Kompeni PANDURA (Para) dipercayai lemas ketika menyertai Eksesais PARA PREDATOR Siri 1/2021 di Kawasan Am, Bera, Pahang.

Menurut kenyataan TDM, semasa kejadian pada jam 4.40 petang Ahad lalu, anggota sedang melaksanakan Fasa Latihan Taktikal Menyeberangi Sungai di sekitar kawasan Kampung Batu Bor.

Katanya, TDM menerima maklumat penemuan jasad Mohamad
Azrin oleh penduduk Kampung Serengkam, kira-kira kira-kira 70 kilometer dari lokasi kejadian pada jam 8.15 pagi ini.

“Perkembangan berkenaan pengurusan jenazah Allahyarham akan dimaklumkan dari masa ke semasa,” kata kenyataan itu sambil mengucapkan takziah kepada isteri Allahyarham Mohamad Azrin, Nor Aqila Syafiqa Safuan serta seluruh ahli keluarganya.


Katanya, TDM akan menghulurkan bantuan sewajarnya daripada segala aspek dalam memastikan kebajikan keluarga tersebut.

Dalam pada itu, TDM meminta orang ramai tidak menyebarkan gambar-gambar penemuan jasad Allahyarham Mohamad Azrin bin bagi menjaga perasaan waris mangsa yang terlibat.

Sementara itu, pasukan keselamatan itu merakamkan penghargaan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 2 Pahang, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), para penduduk kampung serta agensi-agensi yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung dalam melaksanakan Operasi Mencari dan Menyelamat yang bermula jam 4.50 petang Ahad lalu. 

– MalayusiaGazette