Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Isu emas Ziyad, serangan netizen Malaysia sangat kesat -IPC



LONDON: Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) menyifatkan serangan di media sosial berhubung insiden penarikan semula pingat emas yang dimenangi jaguh lontar peluru Malaysia, Ziyad Zolkefli pada Selasa lalu sebagai sangat kesat.

Kata jurucakap IPC, Craig Spence, begitupun Jawatankuasa Paralimpik Ukraine lebih banyak diserang rakyat Malaysia selepas emas tersebut sah menjadi milik atlet negara terbabit, Maksym Koval.

“Kami mendapati mereka memberikan komen di media sosial biarpun tiada kena mengena dengan acara Ziyad (lontar peluru F20 (masalah pembelajaran)).

“Saya minta maaf, peraturan tetap peraturan. Keputusan telah dibuat. Ia bukan kesilapan dari Ukraine, atlet Malaysia telah lewat,” katanya.

Tambah Spence selain Ziyad, dua lagi atlet masing-masing dari Australia dan Ecuador juga tiba lewat tiga minit di bilik menunggu.

“Peserta lain telah tiba lima minit awal,” ujar Spence sambil mengatakan ketiga-tiganya memberikan alasan bahawa mereka tidak mendengar penggilan tersebut.

“Sama ada mereka tidak mendengar pengumuman tersebut atau mereka tidak faham dengan bahasa yang disampaikan,” katanya.

Susulan daripada itu, Koval dinobatkan selaku pemenang emas, diikuti rakan senegaranya, Oleksandr Yarovyi dan gangsa menjadi milik Efstratios Nikolaidis dari Greece.

- AGENSI