Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

43 model telefon pintar yang tidak boleh akses WhatsApp bermula 1 November



LONDON: Jutaan pengguna tidak boleh lagi mengakses mesej, gambar dan video selepas aplikasi WhatsApp menghalang akses ke beberapa model telefon pintar model lama, bermula 1 November depan.

Lapor Mirror, dalam tempoh berbaki dua bulan, sebanyak 43 model telefon pintar melibatkan pengguna perisian Android dan iOS tidak boleh menikmati kemudahan yang disediakan perkhidmatan itu.

Aplikasi itu kehilangan ramai pengguna sejak tahun lalu disebabkan privasi terbaharu perkhidmatan yang diperkenalkan.

WhatsApp menawarkan perkhidmatan penghantaran mesej yang selamat dan sulit tetapi mengumumkan perubahan yang sangat tidak popular terhadap kaedah mengendalikan data pengguna.

Perubahan ini menyaksikan data pengguna diserahkan kepada syarikat swasta bagi membantu pemasaran.

WhatsApp melakukan perubahan secara drastik berikutan tindak balas besar pesaing, Telegram yang sudah melepasi satu bilion jumlah muat turun.

Berikut merupakan model telefon pintar yang tidak boleh lagi mengakses WhatsApp:

Android

Samsung: Galaxy Trend Lite, Galaxy Trend II, Galaxy SII, Galaxy S3 mini, Galaxy Xcover 2, Galaxy Core and Galaxy Ace 2.

LG: Lucid 2, Optimus F7, Optimus F5, Optimus L3 II Dual, Optimus F5, Optimus L5, Optimus L5 II, Optimus L5 Dual, Optimus L3 II, Optimus L7, Optimus L7 II Dual, Optimus L7 II, Optimus F6, Enact , Optimus L4 II Dual, Optimus F3, Optimus L4 II, Optimus L2 II, Optimus Nitro HD and 4X HD, and Optimus F3Q.

ZTE: Grand S Flex, ZTE V956, Grand X Quad V987 and Grand Memo.

Huawei: Ascend G740, Ascend Mate, Ascend D Quad XL, Ascend D1 Quad XL, Ascend P1 S, and Ascend D2.

Sony: Xperia Miro, Sony Xperia Neo L, Xperia Arc S.

Alcatel: One Touch Evo 7

Others: Archos 53 Platinum, HTC Desire 500, Caterpillar Cat B15, Wiko Cink Five, Wiko Darknight, Lenovo A820, UMi X2, Faea F1 and THL W8.

Apple

Apple iPhone SE, 6S, and 6S Plus

-UTUSAN