Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Syed Saddiq akan dihadapkan ke mahkamah esok



PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor esok.

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, beliau akan dituduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Terdahulu, SPRM dalam kenyataan memberitahu, suruhanjaya itu mendapat izin mendakwa terhadap seorang ahli Parlimen di mahkamah berkenaan pada pukul 8.30 pagi.

Sebelum ini bekas Menteri Belia dan Sukan itu dihadapkan ke Mahkamah Seksyen, Kuala Lumpur pada 22 Julai lalu atas tuduhan pecah amanah dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) berjumlah RM1 juta pada tahun lalu.

Selain itu, beliau berhadapan tuduhan menyalah guna harta iaitu wang sumbangan untuk kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebanyak RM120,000.

Syed Saddiq, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua tuduhan itu yang dibacakan berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi.

-UTUSAN