Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kumpulan darah "ganjil" akan diterbangkan dari Sarawak ke Johor besok



PETALING JAYA – Umum mengetahui kumpulan darah biasanya terdiri daripada jenis A, B, AB, dan 0, namun tidak ramai yang mengetahui tentang kumpulan darah jenis Rh17.

Menerusi perkongsian di laman Blood Bank Hospital Umum Sarawak, darah jenis Rh17 adalah antara kumpulan darah yang jarang ditemui atau mempunyai darah yang ganjil.

Katanya, darah jenis Rh17 jarang ditemui dalam kalangan penduduk di negara ini, namun di Sarawak darah jenis ini dimiliki pada sebahagian kecil pada etnik Bidayuh.

“Semalam (kelmarin) darah Encik Pehan Anak Majis telah di hantar ke Johor Bahru bagi kegunaan pesakit ibu mengandung yang akan menjalani pembedahan ‘caeser’ miliki darah jenis yang sama, Rh17.


“Darah ini dihantar ke Johor transit di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) kemudiannya awal pagi terus ke Johor Bahru,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook semalam.

Menurut hantaran itu lagi, individu yang memiliki kumpulan darah ganjil hanya boleh menerima darah dari kumpulan penderma darah yang sama sahaja.

“Ini kerana jika mereka menerima darah daripada kumpulan penderma yang berbeza ia boleh mengakibatkan reaksi darah akut yang boleh membahayakan nyawa pesakit tersebut.

“Kita doakan pesakit selamat melahirkan anak dengan selamat,” ujarnya.

-K! ONLINE