Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Polis minta bantuan Interpol jejaki Caprice dan Nadir


KUALA LUMPUR – Polis telah memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi berhubung dengan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan, Caprice.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, setakat ini, pihaknya masih belum menerima tarikh untuk mengambil keterangan Nadir Al-Nuri dan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli .

“Kita telah memohon bantuan Interpol dan sedang menunggu jawapan daripada pihak Interpol bagi sebarang perkembangan terbaharu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! pada 10 Ogos lalu melaporkan polis sedang berhubung dengan aktivis kemanusiaan, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman untuk menetapkan tarikh diambil keterangan secara dalam talian.


Ashari memberitahu, tindakan tersebut dilakukan berhubung laporan yang dibuat pendakwah terkenal, Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 21 Julai lalu.

“Kita sedang berhubung dengan kedua-dua mereka untuk menentukan tarikh dan masa yang sesuai untuk diambil keterangan secara dalam talian,” katanya.

Difahamkan, tindakan dan arahan lain berkaitan kes itu sudah diambil termasuk laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membabitkan kenyataan di media sosial.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 kanun yang sama serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

– K! ONLINE.