Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pesakit covid nekad terjun bangunan Hospital Sg Buloh



SUNGAI BULOH – Seorang lelaki yang juga pesakit Covid-19 cuba melarikan diri dengan terjun dari tingkat lima Hospital Sungai Buloh di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, kejadian berlaku pada pukul 3.20 petang membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun.

“Lelaki terbabit yang juga pesakit Covid-19 telah dimasukkan ke wad semalam kira-kira pukul 3 petang.

“Dia juga kelihatan murung dan bertindak untuk keluar daripada wad, namun berlaku pergelutan selepas jururawat tersebut cuba menghalangnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, lelaki terbabit kemudiannya telah bertindak agresif dengan menumbuk muka dan mengejar jururawat berkenaan.

“Dia turut mengganggu pesakit lain sebelum pergi ke tingkap dan cuba untuk terjun. Petugas di hospital berkenaan cuba menyelamatkan mangsa namun mangsa terjatuh ke aras bawah hospital tersebut.

“Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian badan serta muka dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk menerima rawatan,” jelasnya.

Shafa’aton memberitahu, pihaknya mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian hari ini kira-kira pukul 8.10 malam dan kes masih dalam siasatan. 

– K! ONLINE