Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Cabul nenek di pusat jagaan, tukang kebun dipenjara 10 tahun dan sebatan



MELAKA – Gara-gara gagal mengawal nafsu sehingga tergamak mencabul nenek berusia 77 tahun, seorang tukang kebun terpaksa meringkuk di dalam penjara selama 10 tahun dan dikenakan satu sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Maziah Joary Mohd. Tajudin menjatuhkan hukuman itu terhadap, Firmus Nahak, 41, yang merupakan warga Indonesia sebaik sahaja tertuduh membuat pengakuan tersebut atas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah mencabul dan mendatangkan cedera terhadap seorang wanita berusia 77 tahun yang merupakan penghuni di sebuah pusat jagaan warga emas dalam daerah Melaka Tengah.

Tindakan itu dilakukan tertuduh pada pukul 12.30 tengah malam pada 19 Ogos lalu.


Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan hendaklah dikenakan sebat.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukumannya diringankan, namun Timbalan Pendakwa Raya, Anis Wahidah Mohamad memohon hukuman berat diberikan sebagai penganjaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Beliau turut menegaskan tindakan tertuduh itu tidak berperikemanusiaan dan mengambil peluang di atas kelemahan mangsa yang merupakan seorang warga emas.

Selepas mendengar hujah kedua pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan satu sebatan bermula tarikh ditangkap iaitu 19 Ogos lalu. 

– K! ONLINE