Baki Ahli Parlimen sokong PN kini berkumpul di rumah PM dan Seri Pacific Hotel


Beberapa jam selepas sejumlah ahli parlimen Umno menyatakan pendirian mereka untuk tidak lagi menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, kediaman presiden Bersatu itu dikunjungi sejumlah tokoh berprofil tinggi.

Terletak di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, tinjauan Malaysiakini mendapati antara individu yang datang ke situ termasuklah Naib Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Turut dilihat ialah kenderaan membawa Peguam Negara Idrus Harun.

Pemimpin lain ialah Menteri Dalam Negeri yang juga Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.


Tidak ketinggalan Menteri Pendidikan merangkap Naib Presiden Bersatu Radzi Jidin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita Bersatu Rina Harun, Presiden MIC SA Vignewswaran and Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu.

Pertemuan lewat malam itu diadakan selepas Presiden Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan dia sudah menyerahkan bukti kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai kedudukan Muhyiddin yang didakwanya tidak lagi mendapat sokongan majoriti di parlimen.

Petang tadi Ahli Parlimen Lenggong, Shamsul Anuar Nasarah, menjadi anggota kabinet pertama menyahut gesaan Umno agar melepaskan jawatan daripada kerajaan seperti diputuskan parti.


Sementara itu di lokasi lain di tengah Kuala Lumpur Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim dikatakan sedang mengumpul sejumlah ahli parlimen Umno untuk menyatakan sokongan kepada PN.

Pertemuan tersebut berlagsung di Hotel Seri Pasific yang terletak bersebelahan dengan Ibu Pejabat Umno Malaysia.

Antara ahli parlimen yang hadir ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin, serta Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz.

Ketiga-tiga mereka memang diketahui tidak sependapat dengan Ahmad Zahid berhubung pendirian parti dalam isu kerjasama dengan Bersatu.

Ketika dihubungi Malaysiakini Zahidi berkata mereka sedang cuba mengumpulkan sokongan untuk kerajaan yang diketuai Muhyiddin.

Ditanya sama ada pertemuan tersebut turut melibatkan ahli parlimen BN, Zahidi berkata: "Tidak, hanya Umno."

-MalaysiaKini


Join our Telegram Channel
Telegram


Baki Ahli Parlimen sokong PN kini berkumpul di rumah PM dan Seri Pacific Hotel Baki Ahli Parlimen sokong PN kini berkumpul di rumah PM dan Seri Pacific Hotel Reviewed by Tun Carlos on August 03, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.