Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Azizulhasni dan Shah Firdaus gagal ke suku akhir



TOKYO: Cabaran Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom dalam saingan pecut individu Sukan Olimpik Tokyo 2020 berakhir selepas tewas pada perlumbaan repechage pusingan ketiga sebentar tadi.

Dalam saingan pertama, Azizulhasni tewas kepada pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland sebelum kalah kepada juara bertahan, Jason Kenny dalam aksi repechage.

Shah Firdaus gagal meneruskan kemaraan selepas tewas kepada juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen sebelum sekali lagi kalah kepada pelumba Perancis, Sebastien Vigier dan Sam Webster dari New Zealand.

Bagaimanapun, mereka masih ada satu lagi acara hujung minggu ini yang menjadi sandaran pingat iaitu keirin, Sabtu ini.

-utusan