Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Syed Saddiq didakwa salahguna dana Bersatu bernilai RM1.12 juta



Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menyalahgunakan dana Bersatu bernilai RM1.12 juta tanpa kelulusan pemimpin Bersatu.

Bekas menteri belia dan sukan itu mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan di depan hakim, Azura Alwi.

Menurut pertuduhan pertama, Syed Saddiq dituduh menyalahgunakan wang Bersatu itu melalui cek CIMB Bank, di CIMB Bank, KL Sentral, Kuala Lumpur, pada 6 Mac tahun lalu.

Tahun lalu, Syed Saddiq membuat laporan polis berkenaan kehilangan kira-kira RM250,000 dari peti besi di rumahnya di Petaling Jaya.

Dia berkata sebahagian besar wang berkenaan disimpan bagi kerja-kerja pengubahsuaian rumahnya.


Namun, kehilangan wang itu menggerakkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana jumlah wang tunai yang "mencurigakan" dan dia disiasat selama lebih 11 jam.

Bagaimanapun, SPRM sebelum ini menafikan siasatan tersebut bermotif politik.

Untuk rekod, sebelum ini Syed Saddiq merupakan ketua Pemuda Bersatu (Armada) namun meninggalkan parti berkenaan selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan sendiri oleh Tun Mahathir yang nekad mahu meletakkan jawatan tanpa berbincang dengan pemimpin PH.

-MalaysiaKini/TunCarlos