Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pemuda cekup tunang bawa skandal dalam rumah, netizen puji sikap sabar



Tempoh bertunang sering digambarkan sebagai satu ujian hebat bagi pasangan-pasangan yang bakal berkahwin. 

Namun putusnya satu ikatan itu boleh dielakkan jika masing-masing dapat menangani dugaan yang datang. 

Akan tetapi, hanya Tuhan saja tahu betapa peritnya rasa dikhianati oleh orang tersayang seperti yang dihadapi pemuda ini.

Mengikut video yang sudah tular di media sosial, pemuda itu terjah semua pelusuk rumah. Akhirnya si tunang jumpa lelaki tersebut dalam satu bilik yang dikunci dari dalam.

Setelah diugut untuk memanggil polis, baru pintu dibuka dan ahirnya terbuktilah kelakuan curang tunangnya.


Meskipun pada awalnya gadis berkenaan cuba untuk menyorokkan temannya itu dengan bersumpah, namun pemuda tersebut meminta untuk berterus terang sahaja kerana bukti sudah berada di depan mata.

Akhirnya mereka bertiga dapat bersemuka sebelum lelaki itu meluahkan rasa kecewa dengan perbuatan terkutuk berkenaan sedangkan mereka berdua khabarnya akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. 

Bukan itu sahaja, malah gadis tersebut dikatakan pernah menjatuhkan fitnah kepada tunangnya sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama kecewa dengan perbuatan gadis tersebut. 

Selain memberi sokongan moral, ramai yang memuji pemuda berkenaan kerana masih lagi mampu untuk jaga tutur kata dan bersabar.

video di sini:

-KLviral