Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pemuda anti vaksin provok polis ditahan lokap 4 hari


PETALING JAYA – Seorang pemuda yang menganggu tugas anggota polis semasa dikenakan kompuan kerana tidak memakai pelitup muka dan menularkan video insiden itu dalam Facebook direman selama empat hari sehingga 24 Julai ini bagi membantu siasatan polis.

Penolong Pendaftar Hairol Azhar Mohd Ishak telah mengeluarkan perintah reman empat hari itu ke atas suspek selepas pemuda tempatan itu dibawa dengan tangan bergari diringi polis Petaling Jaya ke Mahkamah Majistret 10.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Muhamad Fakhrudin Abdul Hamid yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya akan mengangkat kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya apabila ia siap nanti.


Katanya, suspek yang berusia 29 tahun itu ditahan di kediamannya di sebuah apartmen di Bandar Sri Damansara pada jam 10 malam tadi selepas kejadian provokasi dan memaki hamun polis di sebuah stesen minyak di Sri Damansara pada jam 12.30 tengah hari kelmarin.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata tangkapan dibuat susulan laporan polis yang dibuat semalam.

"Hasil siasatan ke atas rakaman video tersebut mendapati kejadian berlaku pada 19 Julai kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari, di sebuah stesen minyak di Sri Damansara.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana enggan memberikan kerjasama kepada polis semasa menjalankan tuga, Seksyen 504 Kanun Keseksan kerana dengans engaja mengaibkan polis dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana meluarkan rakaman tersebut di media sosial dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam," katanya lagi.

-MalaysiaGazette/Mkini