Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib sekali lagi diangkat sebagai Perdana Menteri



BEIRUT: Ahli perniagaan terkemuka di Lubnan, Najib Mikati dilantik sebagai Perdana Menteri baharu negara itu, selepas beliau menerima sokongan majoriti ahli Parlimen.

Lapor Al Jazeera, Mikati yang pernah memegang jawatan perdana menteri sebelum ini, menerima 72 undi daripada jumlah 118 ahli Parlimen.

Mikati tidak berasal daripada mana-mana blok politik mahupun dinasti.

Proses pengundian itu berlaku di Istana Baabda yang mana Presiden Michel Aoun mengadakan perbincangan dengan ahli Parlimen dari pukul 10.30 pagi (waktu tempatan).


Pelantikan Mikati dibuat kira-kira 11 hari selepas Saad Hariri meletak jawatan sebagai Perdana Menteri berikutan situasi politik tidak menentu dan pertikaian dengan Auon serta ahli Parlimen, Gebran Bassil selama sembilan bulan.

Lubnan berdepan krisis ekonomi terburuk sejak insiden letupan Pelabuhan Beirut tahun lalu yang mengorbankan hampir 200 orang dan memusnahkan sebahagian besar ibu negara tersebut.

Sejak kejadian itu, Lubnan dikendalikan oleh pentadbiran sementara dan menyaksikan mata wang terus susut dan kadar pengangguran semakin meningkat. 

– AGENSI