Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

MP UMNO hanya berani di media sosial, bukan di Parlimen -Syed Saddiq


PETALING JAYA: Semua 38 ahli Parlimen UMNO dibidas kerana dilihat berani bersuara terhadap kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam media sosial namun berdiam sepanjang Sidang Khas Parlimen bermula hari ini.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) berkata, mereka seharusnya tidak takut dengan ugutan kerajaan dan terus melawan terhadap kegagalan kerajaan pada hari ini.


“Mana UMNO, dalam media sosial pom pang cakap kerajaan cakap, tetapi dalam dewan sunyi. Jangan takut jika mereka ugut kita lawan.

“Kalau nak lawan, lawan betul-betul,” katanya dalam Sidang Khas Parlimen hari ini.

-UTUSAN