Ebit Lew akhirnya beri respon terhadap serangan Caprice



PETALING JAYA – “Saya susah nak benci orang, saya susah nak lawan orang.”

Itu antara luahan rasa pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang turut menyaksikan dirinya mengalirkan air mata dalam aplikasi TikTok yang dimuat naik semula dalam Instagram, @jentikhati.

Kata Ebit atau nama lengkapnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew dalam video berkenaan, dia tidak suka untuk bergaduh dengan sesiapa sekalipun.

“Saya susah nak mengata siapa-siapa. Saya susah nak bergaduh dengan siapa-siapa.

“Tapi, sejak kebelakangan ini, orang tak berhenti datang. Semua orang nak cari gaduh dengan saya. Semua orang nak cakap bukan-bukan terhadap saya. Saya jadi sedih,” ujarnya.

Ebit yang dianugerahkan Duta Muhibbah oleh kerajaan Palestin baru-baru memaklumlan lagi, kalau ada yang menghantar mesej bukan-bukan, dia tidak akan membalasnya.

“Saya memang tak takut siapa-siapa sejak kecil. Saya tahu hidup saya Allah yang tentukan, mati saya juga Allah yang tentukan.


“Saya tak balas pun orang mesej saya bukan-bukan. Kalau orang ugut, saya tak balas. Kalau setakat berkata, saya tak kisah sangat tapi kalau melibatkan macam-macam orang, yang itu saya jadi sedih,” luahnya dalam video berkenaan.

Pada pengakhiran video tersebut, Ebit mendoakan agar umat manusia hidup dalam suasana dan persekitaran penuh kasih sayang.

“Saya fikir dunia ini tak seindah yang disangka. Walau kita cuba nak bawa kasih sayang dalam dunia, akan ada yang benci, akan ada yang lawan.

“Saya percaya, kalau tidak hari ini, suatu hari nanti, dunia ini akan kembali seperti zaman dahulu. Zaman Rasulullah. Zaman dulu orang baik-baik. Suasana itu akan wujud, manusia saling mengasihi, saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Terdahulu, Malaysia digemparkan dengan pendedahan aktivis kemanusiaan, Caprice yang mendakwa Ebit dan pasukannya telah memburukkan imej negara ketika sebulan berada di Gaza, Palestin untuk membantu rakyat negara itu yang ditindas Israel. 


– K! ONLINE

Join our Telegram Channel
Telegram


Ebit Lew akhirnya beri respon terhadap serangan Caprice Ebit Lew akhirnya beri respon terhadap serangan Caprice Reviewed by Tun Carlos on July 18, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.