Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Drama Queen, berlakon dan menipu rakyat" TMJ ulas isu kutipan derma Syed Saddiq





JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuatnaik komen pada hantaran di Instagram @mstaronlineofficial dengan menggelarkan Syed Saddiq sebagai ‘Drama Queen’ selepas Ahli Parlimen Muar itu memohon sumbangan ramai untuk membantunya membayar ikat jamin berjumlah RM330,000.

“Drama queen. Kesian Rakyat yang sentiasa jadi mangsa permainan politik. Berlakon dan menipu rakyat semata-mata nak undi dan kuasa.

“Hampir semua tak boleh percaya. Semoga Allah SWT peliharakan rakyat dan negara,” titah Tunku Ismail.


Terdahulu, Syed Saddiq berdepan tuduhan pecah amanah jenayah melibatkan wang berjumlah RM1 juta daripada dana milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), bagaimana pun beliau mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Syed Saddiq dalam sesi siaran langsung semalam memohon sumbangan ramai bagi melunaskan ikat jamin serta membiayai kos guaman melibatkan kes mahkamah membabitkan dirinya.

Menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu, dia mempunyai tempoh sehingga Selasa ini untuk menjelaskan ikat jamin berkenaan.

-SuaraTV