Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tiada satu pun kenyataan Agong dan Raja-Raja yang mengakui keberkesanan pentadbiran PN


Menurut bekas Perdana Menteri Daro Seri Najib Razak, tiada satu pun ayat yang memperakui keberkesanan pentadbiran Kerajaan PN  dalam kenyataan YDPA mahupun dalam perincian diberi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bagi  menzahirkan titah DYMM Raja Raja Melayu yang mengadakan perjumpaan pada Rabu.

Bahasa bahasa istana yang dizahirkan melalui kedua-dua pernyataan dikeluarkan menjurus kepada kebimbangan bersulam keresahan sebagaimana didepani rakyat akan keadaan negara serta kehidupan rakyat ketika ini termasuk keadaan Covid-19 yang semakin parah meskipun kerajaan PN telah diberi kuasa penuh kerajaan.

"Amat jelas pendirian yang dititahkan YDP Agong dan DYMM Raja Raja Melayu akan pendirian berkecuali namun mahukan nyawa dan kehidupana rakyat wajib diutamakan, dan demikian juga pentingnya sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat keyakinan serta mendapat sokongan majoriti rakyat."


"Daulat Tuanku. Patik menjunjung kasih dan menyokong penuh kebijaksanaan dan keprihatinan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Raja-Raja Melayu." ujar Najib di dalam kenyataannya di Facebook.






EMBED