Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Seorang wanita, dua kanak-kanak dipatuk ular tedung di Sekinchan


 SABAK BERNAM- Seorang wanita bersama dua kanak-kanak berhadapan nasib tidak baik apabila dipatuk seekor ular tedung di rumah mereka di Tali Air 7, Ban Lesen Sekinchan, di sini, lewat petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pukul 7.26 petang daripada pengadu.

“Seramai tiga anggota termasuk pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bergegas ke lokasi kejadian dan tiba di sana pukul 7.29 petang.

ANGGOTA bomba menunjukkan ular tedung yang mematuk tiga mangsa di Tali Air 7, Ban Lesen Sekinchan, Selangor lewat petang tadi-Ihsan JBPM Selangor


“Setiba di lokasi insiden, jiran mangsa memaklumkan kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Tanjong Karang oleh suami mangsa bagi segera mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Apabila masuk ke rumah mangsa, menurutnya, ular tersebut sedang menyorok di tandas rumah berkenaan bagi mengelak ditangkap anggotanya.

Namun dengan pengalaman yang dimiliki anggotanya, kata Hafisham, anggotanya berjaya menangkap ular berkenaan tidak sampai lima minit.

“Ular berkenaan telah bomba lepaskan di kawasan yang jauh daripada tempat kediaman.

“Mangsa dikenali sebagai Norumira Hidayu Mokhtar, 26, Umar Zikri Mohamad Reza, 3 dan Alia Raisha Rosek,1 kini dalam keadaan stabil,” katanya.

- UTUSAN ONLINE