Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Usahawan kosmetik Safiey Illias ditahan lokap, siasatan kes amang seksual -Polis



PETALING JAYA – Polis mengesahkan pemilik akaun Instagram (IG) ‘safieyillias94’ yang juga pengasas produk kosmetik, Safiey Ilias sudah ditahan di sekitar daerah Kajang, petang semalam.

Individu tersebut ditahan bagi membantu siasatan berhubung Video Live membuat komunikasi lucah dan amang seksual dengan kanak-kanak di bawah umur, awal pagi kelmarin. 

Turut ditahan juga adalah kawannya yang turut bersama di dalam video teersebut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, mereka sudah ditangkap semalam.

“Kita dah tangkap semalam, pada pagi ni polis membuat permohonan reman untuk siasatan lanjut,” ujarnya ringkas sebentar tadi.


Kes disiasat di bawah Seksyen 12 (1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Terdahulu, satu rakaman video tular di laman Facebook dan Twitter memaparkan tindakan seorang usahawan kosmetik bersama rakannya bersiaran langsung menerusi platform Instagram Live yang turut disertai oleh dua kanak-kanak lelaki dipercayai berusia 14 dan 15 tahun.

Penularan rakaman tersebut menerima kecaman netizen yang menyifatkan tindakan dua individu berkenaan sebagai melampau dan biadap apabila berkelakuan tidak sopan termasuk membincangkan isu seksual bersama kanak-kanak.

 – K! ONLINE