Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Presiden Perancis kena penampar sulung ketika lawatan rasmi (VIDEO)


TAIN-LHERMITAGE: Presiden Perancis, Emmanuel Macron ditampar di muka oleh seorang lelaki pada Selasa, semasa lawatannya ke sebuah bandar di tenggara negara itu.

Pejabat Macron mengesahkan kejadian berkenaan setelah video mengenainya tular di media sosial.

Macron dilihat mendekati orang ramai di sebalik pagar di bandar Tain-I'hermitage setelah mengunjungi sekolah menengah yang melatih pelajar bekerja dalam sektor hotel dan restoran.

Seorang pengawal peribadi yang berdiri tepat di belakang Macron sempat mengangkat tangan untuk mempertahankan Macron, namun hanya lewat beberapa saat sebelum beliau ditampar.


Pengawal itu kemudian memeluk Macron untuk tujuan perlindungan.

Agensi berita Perancis, BFMTV menyatakan, polis menahan dua orang termasuk lelaki yang menampar Macron dan seorang lagi yang membuat rakaman kejadian.

Macron tidak memberi komen lanjut mengenai insiden itu.



-AWANI