Muhyiddin dan Anwar selesai jumpa YDP Agong

Foto: MalaysiaKini

Beberapa pemimpin tertinggi parti politik dalam negara dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara hari ini.

Ia dijangka berlanjutan selama beberapa hari.

Ia berlaku ketika negara terus berdepan dengan ancaman Covid-19 dan darurat masih berkuat kuasa di sebalik pelbagai desakan agar ia ditamatkan, atau parlimen dibuka untuk bersidang.

Portal Malaysiakini melaporkan perkembangan itu secara langsung di sini.

11.54 pagi: Presiden PKR Anwar Ibrahim keluar dari Istana Negara.

Ahli parlimen itu juga sempat berhenti seketika untuk menjawab soalan wartawan yang menunggu di luar pintu Istana Negara.

Ditanya sama ada akan berlaku pembentukan kerajaan baru, Anwar menjawab: "Itu soal yang tidak berbangkit sekarang."


Disoal tentang apakah tujuan Agong memanggil pemimpin-pemimpin parti menghadapnya dalam beberapa hari ini, kata Anwar, hak itu terpulang pada baginda.

"Itu terserah pada tuanku.

"Tapi berdasarkan pengalaman saya tadi, tuanku berlapang dada mendengar semua pandangan," katanya.

11.43 pagi: Memetik kenyataan Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Bernama melaporkan Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap pemimpin-pemimpin parti dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada 14 Jun ini.

Katanya pertemuan tersebut akan berlangsung melalui persidangan video.

GPS membabitkan gabungan parti bekas anggota BN iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

PBB diketuai Abang Johari Abang Openg, manakala James Masing memimpin PRS. Tiong King Sing dan Sim Kui Hian masing-masing mengetuai PDP dan SUPP.

11.10 pagi: Istana Negara memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menerima menghadap Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat prakabinet pagi tadi.

Menurut kenyataan dikeluarkan melalui media sosial, sesi berkenaan berlangsung selama satu jam mulai 8 pagi.

"Mesyuarat prakabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama perdana menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan," kata kenyataan
iv>


10.37 pagi: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim tiba untuk menghadap Al-Sultan menaiki Jaguar hitam.

Presiden PKR itu merupakan pemimpin politik kedua yang menghadap Agong hari ini selepas terdahulu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin selesai menghadap baginda pada kira-kira jam 9 pagi. 

Muhyiddin beredar meninggalkan pekarangan Istana Negara selepas menghadap Al-Sultan Shah selama kira-kira sejam.

8.56 pagi: Muhyiddin Yassin meninggalkan Istana Negara menaiki kenderaan rasmi dan kenderaan pengiring melalui pintu satu.

7.50 pagi: Perdana Menteri memasuki pekarangan istana dengan menaiki kenderaan rasmi kira-kira jam pada 7.50 pagi tadi.

gambar: Istana Negara

Untuk rekod pada keadaan biasa memang menjadi kelaziman untuk Muhyiddin selaku perdana menteri akan menghadap Agong sebelum presiden Bersatu itu mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet pada setiap Rabu.

Namun kemunculan Muhyiddin pada hari ini menarik perhatian ramai kerana Al-Sultan Abdullah dijadual menerima menghadap ketua-ketua parti politik negara secara bergilir-gilir mulai hari ini.


Sementara itu Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke mengesahkan pemimpin parti itu akan menghadap Agong petang ini.

Katanya DAP akan diwakili Lim Guan Eng selaku setiausaha agung parti.

"Majlis menghadap tersebut dijadualkan berlangsung pada petang 9 Jun di Istana Negara," katanya dalam kenyataan media hari ini.

[Laporan lanjut menyusul]

-MalaysiaKini

Join our Telegram Channel
Telegram


Muhyiddin dan Anwar selesai jumpa YDP Agong Muhyiddin dan Anwar selesai jumpa YDP Agong Reviewed by Tun Carlos on June 09, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.