Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PH cadang 2 strategi tarik semula pelabur, walaupun 22 bulan gagal berbuat demikian


PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) mencadangkan dua strategi bagi mengembalikan keyakinan pelabur dalam keadaan norma baharu.

Jawatankuasa ekonomi PH dalam kenyataan berkata strategi meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan awam perlu dalam mendepani wabak Covid-19 dan variannya.

“Ini termasuklah bekerjasama dengan sektor swasta sebagai sebahagian daripada pendekatan ‘whole of society’ dalam usaha melawan wabak ini.

“Kerajaan boleh mempertimbangkan untuk membina pusat rawatan khusus untuk Covid-19 bagi mengurangkan beban hospital sedia ada,” menurut kenyataan itu.


Jawatan kuasa ekonomi PH

Jawatankuasa ekonomi PH terdiri daripada Tony Pua, (Petaling Jaya), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Wong Chen (Subang), Tan Yee Kew (Wangsa Maju), Noor Amin Ahmad (Kangar), Ammar Atan (Pemuda Amanah), Raja Ahmad Iskandar Fareez (DAP), Syeikh Khuzaifah (Pemuda Amanah) dan E Hun Tan (DAP).

Tony Pua

Jawatankuasa itu turut mencadangkan agar kerajaan mewujudkan ruang kerja kalis pandemik untuk memastikan kesinambungan kegiatan ekonomi susulan bilangan kluster tempat kerja yang tinggi terutamanya daripada sektor pembuatan.

“Kerajaan digesa untuk membelanjakan sekurang-kurangnya RM15 bilion dalam bentuk geran dan pembiayaan mudah bagi membantu perniagaan daripada semua sektor untuk menjadikan fasiliti mereka kalis pandemik,” katanya.


Jawatankuasa itu berkata kebanyakan kilang, terutamanya industri kecil dan sederhana (IKS) yang sedang bergelut dengan masalah kewangan tentunya tidak mampu menanggung kos untuk mengubahsuai fasiliti mereka menjadi kalis pandemik.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini sudah memulakan usaha berkenaan dengan memperkenalkan ‘Program Prevention of Outbreak at Ignition Sites’ (POIS), termasuk memperuntukkan RM500,000 untuk memastikan pematuhan dan kawalan kesihatan di tempat kerja.

“Kerajaan tentunya mempunyai sumber dan kekuatan kewangan untuk berbelanja lebih banyak daripada kerajaan Selangor dalam memastikan kejayaan program seumpama ini,” katanya.

-FMT