Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Nenek terkejut, cucu maut leher patah dalam bilik dekat Taiping


Taiping: Terkejut bukan kepalang seorang nenek apabila menemui cucu perempuannya tidak sedarkan diri di dalam bilik tidur di rumah mereka di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, budak perempuan 11 tahun itu ditemui meninggal dunia pada katil dua tingkat, pada 7.52 malam.

Katanya, neneknya yang berusia 63 tahun segera meminta bantuan jiran sebaik melihat kejadian dan mereka menghubungi talian kecemasan serta membawa mangsa ke Hospital Taiping yang kemudian disahkan sudah meninggal dunia.


"Bedah siasat dilakukan dan punca kematian disebabkan leher mangsa patah. Ujian saringan Covid-19 ke atas mangsa mendapati negatif wabak," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Osman berkata, mangsa menetap dengan neneknya selepas kedua ibu bapa mangsa bercerai dan sebelum kejadian, mangsa dikatakan marah apabila neneknya berleter menyuruhnya mandi.

Katanya, wanita itu turut memberitahu cucunya seorang hiperaktif dan suka mencuba sesuatu.

"Siasatan lanjut masih lagi dilakukan," katanya.

-UTUSAN