Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Hilang kerja dan dihalau tuan rumah, wanita nekad terjun dari tingkat 32


Gara-gara diberhentikan kerja dan dihalau dari rumah sewa, seorang wanita membuat percubaan untuk terjun dari tingkat 32 sebuah kondiminium di Sungai Buluh.

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, wanita berkenaan berjaya diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor yang bertindak memujuknya untuk tidak berbuat demikian. 

Ujar Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 7.52 malam.

Seramai 19 anggota dengan satu jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan lokasi kejadian. 


Setiba di lokasi terdapat seorang wanita berada di tepi bangunan di tingkat 32 kondominium berkenaan dan cuba untuk membunuh diri.

Norazam pada masa yang sama turut menjelaskan, pasukan penyelamat telah membuat persiapan rapi dengan memasang tali keselamatan dan memujuk wanita berkenaan ke tempat yang selamat.

Mangsa didapati mengalami masalah peribadi kerana kehilangan kerja dan dihalau dari rumah sewa. Wanita terbabit diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Harian Metro