Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

AS semakin hampiri sifar kes Covid-19 selepas tukar kerajaan




WASHINGTON – Selepas tempuk kerajaan bertukar, jangkitan dan kemasukan ke hospital akibat Covid-18 di kebanyakan negeri di Amerika Syarikat(AS) semakin menghampiri sifar selepas 15 bulan AS bergelut dengan pandemik, lapor laman berita Good News Network kelmarin.

Perkembangan positif itu direkodkan sepanjang bulan ini ketika kadar kematian akibat Covid-19 di kebanyakan negeri cuma 0.1 peratus atau lebih rendah.

Berdasarkan statistik terkini, jangkitan koronavirus di AS kini terkawal.

Setakat 17 Jun lalu, kes harian Covid-19 yang direkodkan turun mendadak mencecah 94 peratus daripada kemuncak pada Januari lalu iaitu daripada lebih 250,000 kes kepada hanya 14,000 kes.


Kadar kemasukan ke hospital akibat Covid-19 sepanjang tujuh hari lalu juga berkurangan 13 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC), AS mencatatkan penurunan kes hospital membabitkan Covid-19 setiap hari sejak 19 April lalu.

Akhbar Washington Post pula melaporkan kes harian Covid-19 di seluruh AS menurun 23.7 peratus minggu ini, manakala kematian susut 31.6 peratus.

Sementara itu, Presiden Joe Biden memuji kemajuan besar dalam program vaksinasi massa AS. Beliau menetapkan sasaran supaya 70 peratus daripada lebih 332,876,000 rakyat negara itu mendapat sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Covid-19 menjelang 4 Julai ini.

“Kita juga berharap agar perjalanan udara rentas Atlantik akan disambung semula selepas mendapat lampu hijau dari sudut saintifik.

“Saya tidak pasti tarikh tepat perkara itu berlaku. Ia banyak bergantung kepada situasi epidemiologi, tindak balas dunia terhadap virus tersebut dan impak varian Covid-19,” kata jurucakap Jabatan Negara, Ned Price pada minggu ini.


Setakat ini, pandemik koronavirus telah membunuh sekurang-kurangnya 3,868, 393 orang sejak muncul pertama kali di bandar Wuhan pada Disember 2019, demikian menurut data rasmi yang dikumpulkan oleh agensi berita AFP.

AS kekal negara paling teruk terjejas dengan 601, 825 kematian diikuti Brazil(501,825), India (388,135), Mexico (231,187) dan Peru(190, 415).

Dalam perkembangan terkini, pentadbiran Biden mengumumkan rancangan untuk menyalurkan 55 juta dos vaksin kepada negara-negara yang memerlukan.

Sumbangan itu akan melengkapkan janji awal Washington untuk mendermakan 80 juta dos daripada bekalan vaksin AS. Sebanyak 41 juta daripada 55 juta dos tersebut akan diagihkan menerusi program Covax, manakala baki 14 juta dos akan disalurkan kepada negara-negara pilihan AS.

Vaksin AS yang dikongsi menerusi Covax termasuk 14 juta dos untuk rantau Amerika Latin dan Carribean, 16 juta dos kepada Asia dan 10 juta dos lagi untuk Afrika. – Agensi/Afp