Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Projek Battersea di London kini dibuka bawa lembaran baru kepada Malaysia


KUALA LUMPUR: Hari yang membanggakan bagi Malaysia apabila Battersea Power Station di London kini telah dibuka kepada residen pertamanya dengan penyerahan kunci kepada pemilik rumah di bangunan Grade II susulan siapnya 'Switch House West', elemen utama pertama yang sudah disiapkan.

Baki bangunan itu akan siap secara berperingkat sepanjang tahun ini, dengan residen berpindah ke 'Boiler House' dan 'Switch House East' pada bulan akan datang.

Ruang pejabat seluas setengah juta kaki persegi di bangunan itu juga akan diserahkan kepada Apple pada musim panas ini, kemudian unit jenama runcit dan makanan dan minuman (F&B) menjelang pembukaan Power Station kepada orang ramai mulai tahun depan.




Sambungan Laluan Utara berada dalam landasan untuk dibuka mulai musim luruh ini dengan Stesen Kereta Api Bawah Tanah London Zon Satu baharu di Battersea Power Station secara ketara akan meningkatkan rangkaian sambungan bahagian London itu.

Banyak kemajuan turut dicapai untuk fasa ketiga projek itu, dengan Electric Boulevard, yang merangkumi bangunan di sebelah selatan Power Station oleh Gehry Partners dan Battersea Roof Gardens.

Pengerusi Battersea Project Holding Company, Datuk Ahmad Pardas Senin, berkata sebagai penjaga bangunan global yang sangat penting, pihaknya sangat mengalu-alukan penduduk ke Power Station untuk pertama kalinya dalam sejarah.

"Ini adalah hari yang membanggakan bagi Malaysia dan konsortium pemegang saham yang mengubah bangunan bersejarah ini menjadi alamat tempat tinggal bandar yang lestari sambil memulihkan mercu tanda dan memberikannya nafas baharu," katanya dalam satu kenyataan.


Pengerusi Battersea Power Station Development Company, Datuk Wong Tuck Wai, berkata kemajuan yang kukuh terus dicapai di keseluruhan projek, dan pihaknya gembira melihat Visi Malaysia untuk kejiranan London yang baharu itu menjadi realiti.

Beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan yang bekerja tanpa henti untuk menyiapkannya, terutama dalam tempoh pandemik COVID-19 yang mencabar.

Ketua Pegawai Eksekutif Battersea Power Station Development Company, Simon Murphy pula berkata, dengan pencapaian terkini itu, pihaknya berharap dapat melengkapkan baki elemen Power Station menjelang pembukaan kepada awam tahun depan.

Pada 2012, melalui gabungan SP Setia, Sime Darby dan KWSP, mereka telah membeli tanah Battersea dengan harga £600 juta (RM3 bilion) menewaskan bidaan dari kelab bolasepak Chelsea FC yang ingin membina stadium baru mereka di sana.





Pada masa itu, ada yang mengkritik kerajaan terdahulu tentang pembelian ini dengan tuduhan-tuduhan harga terlalu mahal serta pelbagai tuduhan salah-laku atau rasuah.

Hakikatnya, konsortium 100% milik Malaysia ini telah berjaya untuk memajukan projek hartanah terbesar serta paling berpresij di England dan sedang mengaut keuntungan yang amat besar dari projek ini. Yang untung ialah syarikat-syarikat PNB dan KWSP dan juga pencarum-pencarum ASN, ASB, KWSP , bukannya kroni.

video: Majlis pecah tanah yang turut dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri DS Najib Razak pada 2013.

Power Station diiktiraf di seluruh dunia sebagai ikon budaya dan seni bina dan berada di tengah-tengah satu pusat terbesar London.

Ia membabitkan transformasi bekas kawasan perindustrian seluas 16.8 hektar menjadi pusat bandar baharu yang berkembang maju di London merangkumi kediaman baharu, kedai, kafe, restoran, pejabat, ruang acara dan ruang awam lebih 7.6 hektar termasuk taman seluas 2.4 hektar.

Setelah dibuka untuk umum, Battersea Power Station akan menempatkan lebih 100 kedai, bar dan restoran serta ruang riadah dan acara termasuk 'Chimney Lift Experience', akan dikendalikan oleh peneraju acara global dan hiburan, IMG.

Lif kaca akan mengangkut pengunjung setinggi 109 meter di dalam salah satu ikon cerobong asap Power Station sebelum muncul di bahagian atas untuk menikmati pemandangan 360 darjah ibu kota London.

-BeritaHarian